Sorting by

×

MPJ MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL, AI TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN 

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 10 Februari – Tiga inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) iaitu, MPJ Intelligent Assistant (MIA 1.0), Pelan Tindakan Khas (PTK) Laman Seni @Jasin Street Art dan Accumix Scales mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kejayaan itu amat bermakna kerana ia adalah antara 35 inisiatif H.E.M.A.T. mendapat pengiktirafan daripada persekutuan.

Katanya, MPJ Intelligent Assistant membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat umum berhubung perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan MPJ.

“Sistem ini berasaskan chatbot kecerdasan buatan (AI) jadi senang untuk orang ramai mendapatkan maklumat umum mengenai kami, tetapi jika melibatkan aspek teknikal atau lebih mendalam dinasihatkan untuk datang berurusan di kaunter MPJ.

“Berdasarkan maklum balas dan keberkesanan kami bercadang untuk menambahbaik sistem ini,” katanya selepas menerima pengiktirafan berkenaan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad Pada Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun Baharu 2025 bertemakan Melaksanakan Amanah, Memacu Reformasi di Auditorium Seri Negeri, 2 Februari lalu.

Katanya, usaha MPJ mengindahkan Bandar Jasin yang dianggap sebagai ‘Bandar Lama’ juga mendapat perhatian apabila turut mendapat pengiktirafan.

“Menerusi inisiatif ini lorong-lorong berkenaan diberi wajah baharu, kami hias dengan mural yang mampu menggamit kunjungan orang luar ke Jasin.

“Ketika adalah Accumix Scales mengetengahkan elemen yang memberi manfaat kepada orang kurang upaya (OKU) serta kerja pengukuran  bagi aktiviti turapan jalan,” katanya.

Muhammad Zahiruddin berkata, ketiga-tiga nisiatif berkenaan adalah hasil cetusan idea warga MPJ sendiri dalam usaha berterusan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menyediakan persekitaran yang mampan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post BULATAN ATASI KESESAKAN DI PERSIMPANGAN BATU BERENDAM
Next post MELAKA TERUSKAN KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN, TARIKH DITANGGUH KE 31 OGOS