
MPJ SEDIA LOKASI PERNIAGAAN LEBIH TERATUR, SELAMAT
JASIN 7 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan lokasi perniagaan lebih teratur dan kondusif dalam memperkasa peniaga kecil di sekitar Jasin.
Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, beberapa tapak perniagaan berpusat telah dibangunkan bagi merancakkan aktiviti perniagaan, selain ia juga memastikan peniaga atau penjaja kecil berniaga di lokasi selamat.
“MPJ komited memperkasa golongan peniaga kecil sekitar Jasin dengan menyediakan lokasi perniagaan yang lebih teratur dan selesa pada tahun ini.
“Antara pusat penjaja teratur yang telah disediakan MPJ adalah di Batu 14 dan Jasin Bestari yang bukan sahaja merancakkan aktiviti perniagaan, tetapi juga lokasi itu lebih selamat,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di pejabatnya di Vista Alamanda, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Muhammad Zahiruddin turut menggalakkan penjaja kecil sekitar daerah Jasin untuk segera memohon lesen perniagaan sah bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan pematuhan.
Jelas beliau, galakan itu bukan sahaja bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan, bahkan ia turut membantu peniaga memohon pelbagai insentif dan bantuan kewangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...
