Sorting by

×

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN ANGKAT SUMPAH YANG DIPERTUA MPJ

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 4 November – Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ke-10, berkuat kuasa hari ini.

Lafaz sumpah jawatan itu dibuat di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua MPJ yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, di sini.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Sebaik selesai lafaz sumpah berkenaan, Ab Rauf menyerahkan watikah pelantikan kepada Muhammad Zahiruddin.

Pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua MPJ itu diharap dapat memperkukuh peranan MPJ dalam meneruskan agenda pembangunan Jasin sebagai bandar yang progresif dan berdaya saing, selaras dengan visi Kerajaan Negeri Melaka ke arah negeri maju dan pintar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post WRUR: PENDUDUK KAMPUNG GANGSA, BELIMBING DAN PARIT MELAKA LEGA TERIMA SURAT KELULUSAN
Next post WRUR: BAKI 90 PERMOHONAN PTK KAMPUNG BERINGIN SELESAI DALAM MASA TERDEKAT