Sorting by

×

NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA

Masa Membaca:48 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mac – Zoo Melaka menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu tiket kemasukan kepada pengunjung yang menaiki bot bertemakan zoo di Melaka River Cruise.

Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, promosi itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong mengunjungi Zoo Melaka serta Melaka River Cruise, sekali gus memperkasa sektor pelancongan negeri.

“Pengunjung hanya perlu mengimbas dua kod QR yang disediakan dalam bot tersebut, termasuk pautan ke laman web rasmi Zoo Melaka serta penyertaan peraduan.

“Mereka juga perlu bergambar bersama bot bermotifkan kuda belang, memuat naik gambar di media sosial dan menghantar bukti penyertaan melalui QR peraduan bagi melayakkan diri menerima diskaun tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini semasa pelancaran bot berkenaan.

Menurutnya, setiap gambar yang dimuat naik di media sosial perlu disertakan dengan tag dan hashtag rasmi Zoo Melaka.

Promosi menarik itu dijangka bermula selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan diumumkan secara rasmi menerusi platform media sosial Zoo Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post ISU LAMBAKAN SAMPAH AIDILFITRI DI BANDARAYA MELAKA TERKAWAL – MBMB
Next post MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF