
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
Pegawai Bomba Kanan II Ikmal Hafiz Shamsudin berkata lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 1.45 pagi.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 8.36 malam dan sebuah Light Fire Rescue Tender serta satu utiliti dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.
Pasukan Keluaran Operasi kemudian membuat pencarian di pesisir pantai berhampiran dengan kawasan Tanjung Rhu bersama-sama penduduk kampung.
Operasi tamat sepenuhnya pada 2 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
KEBAJIKAN PELAJAR TVET MELAKA TERUS DIPERKASA
RIM 29 Mac - Kira-kira 300 pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada keluarga B40 di negeri...
BUDAYA KITAR SEMULA DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 29 Mac - Kesedaran rakyat Melaka mengamalkan kitar semula terus menunjukkan peningkatan saban tahun hasil pelbagai inisiatif dan...
RUMAH TERBUKA MACHAP JAYA JAMU JUADAH TRADISIONAL, SEMARAK AIDILFITRI DALAM SUASANA MUHIBAH
AYER KEROH 29 Mac - Lebih 20 jenis juadah tradisional hari raya bakal disajikan kepada penduduk pada Jamuan Aidilfitri ‘Melaka...
MeSRa: MELAKA PERKASA BELIA, BUKA PELUANG KERJAYA BERKEMAHIRAN DENGAN TVET
AYER KEROH 29 Mac – Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka terus diperkasa sebagai platform utama...

