
Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis dirampas
SEPANG, 3 Julai – Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 8 Februari – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam...
MELAKA BILA LARUT MALAM JADI NADI EKONOMI RAKYAT
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka Bila Larut Malam yang mula diperkenalkan pada Jun 2024 yang lalu telah menjadi bukti...
CABUTAN BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE DITERUSKAN TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise pada tahun ini dalam usaha...
MELAKA NEGERI PERTAMA MILIKI SISTEM ‘PANIC BUTTON’
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka menjadi negeri pertama di negara ini memiliki sistem 'Panic Button', kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERKENAL CERDAS, PUSAT SEHENTI SARINGAN MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
AYER KEROH 7 Februari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memperkenalkan Program Child Evaluation, Referral and Developmental Assessment Services (CERDAS)...
50 LOKASI BAZAR RAMADAN, LAPAN BAZAR AIDILFITRI SELURUH MELAKA
AYER KEROH 7 Februari - Melaka meluluskan penganjuran 50 lokasi Bazar Ramadan dan lapan Bazar Aidilfitri bagi tahun 2026, melibatkan...
