Sorting by

×

NORLIDA SEBAK TERIMA HADIAH MOTOSIKAL RODA TIGA DARIPADA TOK RAUF 

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LINGGI 12 Julai – Sumbangan motosikal roda tiga daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk suaminya dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat Norliza Zakaria, 60.

Norlida berkata, kunjungan Ketua Menteri ke kediaman mereka juga menyuntik semangat buat suaminya Ramli Joned, 62, kini terlantar akibat parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar babi hutan pada 19 Jun lalu.

Katanya, akibat kemalangan kedua-dua belah tangan, leher dan kaki kanan suaminya patah selain turut mengalami pendarahan dalam kepala.

“Akibat pendarahan dalam kepala tahap ingatan suami kini merosot, ada masa dia ingat dan ada kalanya dia lupa, akibat kemalangan mulutnya juga terpaksa menerima 12 jahitan.

“Ketika kejadian suami dalam perjalanan menghantar saya ke tempat kerja dan anak ke sekolah, tetapi tiba-tiba babi hutan melintas, mujur saya dan anak tidak mengalami kecederaan serius,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Menteri di kediamannya di Taman Kuala Permai bersempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, pada Jumaat.

Katanya, mereka turut menerima sumbangan lampin pakai buang dan kit makanan, sementara itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meluluskan bantuan bulanan RM500 untuk suaminya.

“Alhamdulillah terima kasih Ketua Menteri atas keprihatinan dan sumbangan yang banyak meringankan beban kami sekeluarga, suami sebelum ini hanya mengambil upah melakukan kerja Kampung.

“Selepas kemalangan saya terpaksa berhenti kerja kerana perlu memberikan perhatian penuh kepada suami. dalam keadaannya sekarang dia perlu dibantu termasuk untuk makan dan mandi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post BULATAN SOLOK DUKU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK, TAK PERLU LAGI BERBARIS PANJANG