
NOURUL AUNA, PERMATA MELAKA DI BUMI ANBIYA
AYER KEROH 7 November – Nourul Auna Razali menjadi permata kebanggaan Negeri Melaka apabila meraih keputusan cemerlang dan diangkat sebagai pelajar terbaik Malaysia di bumi anbiya.
Anak jati Melaka itu berjaya menamatkan pengajian dengan pencapaian Mumtaz Martabat Sharaf, iaitu pencapaian tertinggi dalam bidang pengajian pada Majlis Konvokesyen Pelajar Malaysia Universiti Al-Azhar Kali ke-19, 1 November lalu.
Tidak hanya itu, pelajar dari fakulti Ulum Islamiah itu turut dianugerahkan Tokoh Graduanita Al-Azhar peringkat Negeri Melaka, yang dianjurkan oleh Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka pada 31 Oktober lalu.
Dengan semangat yang tidak luntur, bekas pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Tun Razak dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Gemencheh itu terus konsisten dalam pelajaran sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah kecemerlangan.
Kesungguhan dan kecekalan Nourul Auna menimba ilmu sehingga berjaya membuatkannya menjadi inspirasi buat anak muda di negeri ini dalam bidang pendidikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
