Nur Raidah, Sze Ling bangkit selepas ‘terduduk’

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PANTAI KUNDOR 18 Ogos – “Terima kasih ibu dan ayah, akhirnya dapat juga bawa mereka naik ke pentas hari ini, untuk bersama-sama raikan kejayaan saya.

“Kejayaan ini adalah sebagai membalas pengorbanan mereka berdua yang tidak jemu memberi sokongan dan mendoakan saya,” kata pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 Nur Raidah Abdul Majid.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong itu antara 33 calon STPM 2021 Melaka yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Berkongsi kegembiraannya Nur Raidah, 20, berkata, kekecewaan ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu membakar semangatnya untuk bangkit, sekali gus membuktikan dirinya mampu melakukan yang lebih baik.

“Pada SPM lalu saya memperoleh 4A sahaja, subjek lain pula sekadar lulus, tidak capai sasaran membuatkan saya kecewa.

“Kejatuhan masa lalu mambuatkan saya bangkit, ibu dan bapa adalah inspirasi saya. Berkat doa semua juga termasuk guru saya beroleh kejayaan hari ini,” katanya.

WhatsApp Image 2022-08-18 at 6.01.30 PM
LIM Sze Ling bersama ibunya selepas mengambil keputusan STPM di SMK Seri Tanjong.

Sementara itu seorang lagi pelajar cemerlang Lim Sze Ling dari SMK Pulau Sebang berkata, dia tidak menyangka akan menerima dua berita gembira termasuk diumumkan sebagai antara 10 pelajar terbaik peringkat Nasional.

“Gembira, terkejut dan tidak sangka semua ada, saya beranggapan hanya memperoleh PNGK 4.0 sahaja tetapi turut berada dalam kalangan 10 terbaik di peringkat Nasional.

“Keputusan untuk menyambung persekolahan ke tingkatan enam seterusnya menduduki STPM adalah untuk mencabar keupayaan diri.

“Bagi saya STPM ini adalah peluang untuk buktikan keupayaan diri selepas sekadar memperoleh keputusan 101C pada SPM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1819
Kongsi :
Previous post RM10 juta senggara rumah tentera di Melaka
Next post Transformasi budaya kerja di KKM atasi isu buli – Khairy
Ubah saiz-+=