Padang ‘mini football’ bertaraf dunia ada di Melaka

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT KATIL 1 April – Satu lagi tarikan terbaharu telah dibangunkan di kawasan Hang Tuah Jaya dalam misi memperkasa sub sektor pelancongan sukan di negeri ini.

Tarikan sukan terbaharu itu ialah padang ‘mini football’ yang dibangunkan di belakang Dewan Tun Ali, Bukit Katil.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman, padang ‘mini football’ itu merupakan yang pertama di Melaka dan yang kedua dibangunkan di Malaysia.

Jelasnya, padang berkeluasan 30×50 meter itu turut bertaraf dunia apabila diperakui World Mini Football Federation.

“Saya percaya ia akan menjadi satu lagi produk pelancongan sukan yang meletup di bawah pentadbiran MPHTJ dalam menarik kedatangan peminat sukan berkenaan.

“Secara tidak langsung, ia juga bakal menyokong manifesto kerajaan negeri di bawah teras keempat, ‘Belia Tonggak Masa Hadapan’ dengan menambah fasiliti sukan bagi kegiatan belia di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, padang ‘mini football’ itu dibangunkan oleh MPHTJ dengan kerjasama Drago Engineering Sdn Bhd.

Padang berkenaan, katanya, beroperasi setiap hari dengan harga sewaan serendah RM100 hingga RM300 bergantung pada hari dan masa.

Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi 011-26851623.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5816
Kongsi :
Previous post Piala FA: Melaka United ‘lulus’ ujian pertama
Next post Tangisan, sorakan kegembiraan sambut pembukaan semula Tambak Johor, LinKedua
Ubah saiz-+=