Sorting by

×

PARAS AIR EMPANGAN TERKAWAL, TIADA KEPERLUAN LAKSANA PEMBENIHAN AWAM

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Mac – Bacaan paras air di semua empat empangan utama di Melaka dilaporkan berada pada tahap terkawal meskipun seluruh negara ketika ini mengalami cuaca panas selain kekurangan taburan hujan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad berkata, berdasarkan rekod terkini dikeluarkan Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) itu juga, tidak ada keperluan untuk melakukan operasi pembenihan awam (OPA) dalam masa terdekat.

“Paras air di semua empangan masih lagi dalam keadaan terkawal dan kita akan memaklumkan sekiranya ada keperluan untuk melakukan pembenihan awan begitu juga catuan air.

“Namun pada masa ini tiada lagi (keperluan) dan keadaan masih lagi terkawal selain kita akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas bersiaran langsung pada program Kokenut Shake Dulu di MelakaFM, hari ini.

Sementara itu beliau turut mengingatkan penjawat awam khususnya supaya mengurangkan aktiviti luar ini bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan seperti strok haba.

“Saya menasihatkan kepada kakitangan awam khususnya supaya mengambil perkara ini secara serius selain sekiranya tiada keperluan elakkan daripada aktiviti luar yang keterlaluan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1034
Kongsi :
Previous post MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
Next post RAMAI TERPUKAU HIASAN KREATIF POKOK BUNGA KERTAS, BUNGA LOCENG DI JASIN