‘Parti Datuk jaga, kerajaan negeri saya jaga’ – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 22 Okt. – “Apabila saya diangkat menjadi Ketua Menteri, saya maklum kepada Datuk Rauf, Datuk this is the line, this is the border, I won’t never cross to this border dan Datuk jangan cross this border, line ini..sebab parti Datuk jaga, kerajaan negeri saya jaga”.

Itu luahan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bagi menjawab hubungan beliau dan campur tangan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam keputusan yang dipersetujui Exco kerajaan negeri sebelum ini.

Sulaiman berkata apabila diangkat menjadi Ketua Menteri, beliau hanya berperanan mengurus dan mentadbir negeri mengikut lunas peraturan-peraturan dan perundangan.

“Datuk Rauf sebagai ketua parti sepertimana saya maklum saya tidak ada mempunyai sebarang jawatan dalam parti hanya sekadar ketua cawangan di cawangan saya.

“Untuk menjaga kerajaan ini, mengolahkan kerajaan ini ‘let me handle everything’, Datuk (Ab Rauf) parti, Datuk buat dan jaga parti baik-baik, saya akan jaga negeri ini sebaik yang mungkin.

“Jadi apabila mengatakan bahawa saya, kononnya hanya sebagai mengikut telunjuk kepada YAB Datuk Rauf, saya menafikan sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas ‘Anda Musykil Kami Terjah’ yang bersiaran secara maya di Facebook rasmi Menjelang PRU, sebentar tadi.

Sulaiman berkata tuduhan itu seolah-olah memperbodohkan beliau yang tidak mempunyai kredibiliti untuk mentadbir negeri Melaka.

“Bodoh ke saya? saya tiada langsung kredibiliti ke untuk mentadbir dan menguruskan negeri?

“Rujukan saya…saya ada pegawai kewangan, penasihat kewangan, penasihat undang-undang dan kita ada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1156
Kongsi :
Previous post Kelulusan projek konsesi pasir bukan di bawah kerajaan negeri – KM
Next post Keputusan MMKN dibuat secara kolektif – Sulaiman
Ubah saiz-+=