Patuh arahan, elak isu projek pembinaan tertangguh – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

RIM 7 Jun – Semua kontraktor sektor pembinaan di negeri ini diarahkan untuk mematuhi segala spesifikasi dan arahan ditetapkan pihak berkuasa bagi memastikan setiap pembinaan berjalan lancar.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana kontraktor yang melanggar undang-undang ditetapkan sehingga mengakibatkan projek pembinaan tertangguh.

“Saya minta patuhi setiap spesifikasi yang ditetapkan, tidak seinci pun boleh lari dan ikut gred yang ditetapkan…kebersihan di tapak pembinaan perlu bersih jangan sampai ada masalah dengan pihak kesihatan.

“Saya harap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dapat memantau sebaik mungkin termasuklah pihak konsultan, arkitek dan semua yang terlibat bagi memastikan kualiti kerja projek pembinaan selari dengan spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Jasin di sini, hari ini.

Dalam pada itu Sulaiman meminta supaya pihak kontraktor di negeri ini memastikan pekerja asing yang diambil mempunyai permit atau kelulusan bagi mengelakkan masalah yang timbul semasa projek dijalankan.

“Ini melibatkan semua projek di negeri Melaka, mana-mana pun dalam sektor pembinaan mereka perlu patuhi arahan ditetapkan, jika ambil pekerja asing pastikan ada permit nanti syarikat itu yang menangung akibatnya.

“Kalau boleh cari orang tempatan lebih bagus, saya percaya dalam waktu pandemik ini ramai yang memerlukan pekerjaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1331
Kongsi :
Previous post Abang sedia berkorban besarkan adik-adik
Next post Jangan cemari Pantai Klebang
Ubah saiz-+=