Pecut motosikal dari Kota Laksamana ke Lendu untuk mengundi

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 20 Nov. – Beberapa pengundi masih tidak melepaskan peluang biarpun masih berbaki 15 minit sebelum proses membuang undi tamat pada jam 5.30 petang tadi.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati beberapa pengundi di Dewan Undangan Lendu bergegas memasuki pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K).

Bagi seorang penduduk Kampung Seri Tanjung, Noor Hafiz Hishamudin, 26 terpaksa menjadi antara golongan terakhir berikutan kesibukan kerja sebagai pekerja swasta.

Dia yang menunggang motosikal dari Kota Laksamana, mengambil masa sejam untuk tiba ke pusat mengundi berkenaan.

“Alhamdulillah, akhirnya tanggungjawab sebagai rakyat Melaka mampu ditunaikan dan harap pihak yang saya undi itu mampu melaksanakan kerja yang berbaloi untuk masyarakat negeri ini,” katanya.

NOOR Hafiz

Sementara itu, Salbiah Salleh,58, berkata tanggungjawab itu mseti ditunaikan bagi menentukan siapakah yang bakal memimpin negeri ini

Dia yang menetap di Masjid Tanah berkata alasan untuk menjadi antara yang terlewat berikutan kesibukannya melayan anak-anaknya yang pulang ke kampung.

“Alhamdulillah, anak anak balik rasa macam hari raya jadi sangat sibuk pagi tadi dan kali ini anak maklumkan undian ditutup pada 5.30 petang, jadi dia bergegas hantar saya ke sini.

“Saya suruh dia (anak) cepat-cepat hantar ke sini kerana khuatir sekolah ini akan tutup,” katanya.

SALBIAH

Suasana pusat pembuangan undi di SK Lendu memperlihatkan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi menanti pengundi dalam masa yang berbaki sebelum 5.30 petang tadi.

Turut kelihatan beberapa petugas polis termasuk trafik sudah mula tiba di sekolah itu bagi bersedia untuk menjalankan tugasan dan difahamkan kertas undian akan dihantar dan dikira di Pejabat Japerun Lendu, petang ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

663
Kongsi :
Previous post PRN Melaka berakhir, keputusan diketahui malam ini
Next post ‘Naruto celup’ tutup tirai undi di SK Ramuan China Besar
Ubah saiz-+=