
Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Seorang pegawai polis maut dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, semalam.
Pegawai polis berpangkat Inspektor itu ditemukan dengan luka kesan tembakan di kepala dalam kejadian pada jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung itu dan siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri di bahagian kepala menggunakan sepucuk pistol.
“Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian,” katanya memetik laporan Bernama.
Beh berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa pada 3.59 petang.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil memberi keterangan.
“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Foo Keat How 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482206 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DI MELAKA, KEMERDEKAAN BUKAN SEKADAR BAB SEJARAH – AB RAUF
KLEBANG 31 Ogos - Kemerdekaan bukan sekadar satu bab dalam buku sejarah, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Melaka sebagai...
30,000 HIDUPKAN AMBANG MERDEKA MELAKA DI KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dataran 1 Malaysia Klebang malam ini dengan sajian persembahan penuh warna-warni...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA TAMPIL KEISTIMEWAAN, KARNIVAL CIMIC PERTAMA LIBATKAN KAPAL TLDM
KLEBANG 30 Ogos – Melaka mencipta kelainan dalam penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) apabila edisi tahun ini bukan sahaja berlangsung...
CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN ‘DUNIA’ PERTAHANAN
KLEBANG 30 Ogos - Penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
