Sorting by

×

Inspektor polis tolak rasuah walaupun diumpan RM10,000

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 25 Mac – Kekal berpegang kepada prinsip anti rasuah menjadi amalan hidup Inspektor S Thyagaraj, 36, sepanjang melaksanakan tugas diamanahkan biarpun pernah diumpan wang tunai bagi menggugurkan kes berkaitan dadah.

Berkongsi pengalamannya Thyagaraj berkata, dalam kejadian lapan tahun lalu individu berkenaan mencampakkan 117 keping wang tunai berjumlah RM10,000.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, kejadian berlaku ketika dia bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Atas prinsip integriti dipegang Thyagaraj menerima tujuh sijil penghargaan sepanjang 18 tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Thyagaraj kini bertugas di Bahagian Cawangan Khas IPD Melaka Tengah berkata, prinsip diamalkan bukan bertujuan menunjukkan kebaikan diri sebaliknya mahu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap polis terutama membabitkan rasuah.

“Saya mahu masyarakat ubah persepsi negatif terhadap PDRM, segelintir memandang rendah kerana menganggap polis mudah disogok dengan wang ringgit.

“Bukan semua polis boleh dibeli, ada yang tidak mengamalkan rasuah malah mereka anti rasuah.

“Tiada berkatnya menjalani kehidupan dengan mengamalkan rasuah,” katanya ketika dihubungi selepas sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Dia antara dua penerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Lans Koperal Mohd Akmal Ahmad, 32, berkata sijil penghargaan diterima itu adalah hadiah paling manis yang mampu dibanggakan sejak berkhidmat bersama PDRM lima tahun lalu.

Katanya, meskipun sumbanganya itu kecil namun dia berharap masyarakat dapat menghentikan pandangan serong terhadap pasukan polis kerana tidak semua mengamalkan rasuah termasuk dirinya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1912
Kongsi :
Previous post Lelaki mabuk dipenjara, didenda sebabkan kematian dan cederakan anggota polis
Next post PM rasmi Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis
Ubah saiz-+=