
Pejuang sedia kerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor
BATU PAHAT 26 Feb – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut ‘hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.’
“Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama.
Ditanya mengenai keyakinan Pejuang yang pertama kali bertanding dan menampilkan calon muka baharu, Mukhriz berkata PRN Johor merupakan platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi.
“Apa yang penting, kita nak kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka nak berpengalaman,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH RM6.7 JUTA KUTIPAN CAJ WARISAN MELAKA DIMANFAATKAN UNTUK PROGRAM PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI
SERI NEGERI 13 Julai - Sejumlah lebih RM6.7 juta peruntukan daripada Akaun Amanah Caj Warisan Negeri Melaka telah dimanfaatkan di...
MAIM TERUS PERKUKUH PENGURUSAN WAKAF
AYER MOLEK 13 Julai - Kesedaran umat Islam di Melaka khususnya untuk berwakaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meningkat...
NORLIDA SEBAK TERIMA HADIAH MOTOSIKAL RODA TIGA DARIPADA TOK RAUF
KUALA LINGGI 12 Julai - Sumbangan motosikal roda tiga daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk suaminya...
BULATAN SOLOK DUKU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK, TAK PERLU LAGI BERBARIS PANJANG
LENDU 12 Julai - Naik taraf daripada persimpangan lampu isyarat kepada Bulatan Solok Duku mendapat maklum balas amat positif daripada...
200 PASUKAN BAKAL MERIAHKAN HARI INOVASI KEBANGSAAN @ MELAKA 2026
AYER KEROH 12 Julai - Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos depan di Universiti Multimedia...
TOK RAUF MAHU KEBAJIKAN, KESELESAAN MANGSA BANJIR DIUTAMAKAN
PAYA RUMPUT 12 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu aspek kebajikan mangsa banjir ditempatkan di...
