
PEKEBUN KECIL RUGI LEBIH RM239,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu mengetahui tentang pelaburan itu menerusi aplikasi WhatsApp dan tertarik untuk melabur kerana dijanjikan pulangan lumayan.
“Mangsa telah membuat 41 transaksi ke 19 akaun bank dari 22 Mac hingga 16 Jun berjumlah lebih RM239,000 menggunakan wang simpanan selain meminjam daripada abang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal memperoleh sebarang pulangan seperti dijanjikan.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
155,406 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150
PANTAI KUNDOR 12 Januari - Seramai 155,406 murid dan pelajar di negeri ini bakal menerima manfaat menerusi inisiatif Bantuan Awal...
LEBIH 161,000 MULAKAN SESI PERSEKOLAHAN 2026 DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 12 Januari - Lebih 161,000 murid dan pelajar di Melaka memulakan sesi persekolahan tahun 2026, hari ini. Ketua...
KAKI PANCING RANCAKKAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0, VM 2026
KLEBANG 12 Januari - Kaki pancing seluruh negara menjadikan Melaka sebagai antara destinasi 'angling tourism' pilihan apabila lebih 600 peserta...
ISU SALAH GUNA DANA: SPRM RAKAM KETERANGAN PEGAWAI KANAN ATM
KUALA LUMPUR 11 Januari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia,...
WARGA EMAS DI MIRI RUGI RM253,000 AKIBAT PENIPUAN
KUCHING 11 Januari - Seorang lelaki warga emas berusia awal 60-an di Miri mengalami kerugian lebih RM253,000 selepas menjadi mangsa...
DUA KANAK-KANAK NYARIS LEMAS DALAM KOLAM RENANG KONDOMINIUM
GEORGE TOWN 11 Januari - Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan nyaris lemas di dalam kolam renang...
