
Pekerja restoran tular mohon maaf
BANDA HILIR 11 Jun – “Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana teremosi”.
Itu kata pekerja kedai Restoran 35, Nor Abdilla Baharom, 39 berhubung isu kontroversi yang tular di media sosial baru-baru ini mengaitkan layanan buruk restoran berkenaan kepada pelanggan.
Dia yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran berkenaan mengakui ada meninggikan suara kepada pelanggan yang mana ia disifatkan berlaku secara spontan.
“Memang saya naik angin dan meninggikan suara kerana kadang-kadang ada juga kesilapan berlaku dari pihak pelanggan yang buat kita naik angin.
“Tapi jujur saya cakap ia bukanlah niat saya untuk marah seperti itu. Kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya ketika ditemui pemberita di kedainya selepas menerima lawatan mengejut daripada EXCO Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem, hari ini.
Justeru, Nor Abdilla berharap penjelasannya dapat diterima dan isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan.
“Kita serahkan sepenuhnya kepada orang ramai memilih kedai makan mana yang mereka mahukan.
“Jika mana-mana rasa tak sesuai dengan layanan saya, makanan di kedai ini, terpulang kepada hak masing-masing.
“Pelanggan yang tahu mereka tahulah. Orang Melaka memang cakap kasar. Kita cakap kuat tak semestinya kita maki orang, jadi orang kena fahamlah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESISIR PANTAI MENGHADAP SELAT MELAKA JADI CADANGAN LOKASI KEMUNCAK WTD 2025
DUYONG 13 Julai - Kawasan pesisir pantai menghadap Selat Melaka di sekitar Klebang dicadang sebagai lokasi acara kemuncak Hari Pelancongan...
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...