
Pekerja restoran warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Hasang, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna hitam itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk sebutan kes.
Lelaki itu didakwa membunuh Kyaw Kyaw di gelanggang bola keranjang, taman permainan kawasan perumahan di Bandar Manjalara, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: SEPAKAT KEKALKAN AKTIVITI REWANG, PERTAHAN STATUS KAMPUNG TRADISIONAL
DURIAN TUNGGAL 4 November - Status satu-satunya kampung tradisional masih ada dalam dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan terus...
MAPEX 2025: BELI RUMAH, BERPELUANG MENANG BAUCAR TUNAI RM5,000
AYER KEROH 4 November - Ekspo Perumahan dan Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2025 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia...
WRUR: SUP PAK KARIM KAMPUNG PANCHOR ADA ‘UMPHH’
DURIAN TUNGGAL 4 November - Keenakkan sup hasil air tangan Karim Jaafar, 59, bukan sahaja menambat hati penduduk Kampung Panchor...
WRUR: EKO SAWAH KAMPUNG BERINGIN JADI IDENTITI BAHARU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 4 November - Penduduk menyambut baik cadangan untuk memajukan kawasan sawah padi di Kampung Beringin sebagai produk eko...
WRUR: TAPEM SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA CEMERLANG AKADEMIK
DURIAN TUNGGAL 4 November - Hasrat melahirkan lebih ramai anak tempatan cemerlang dalam akademik menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
KURSUS KAHWIN PERCUMA: RINGANKAN BEBAN ANAK MUDA KE ALAM RUMAH TANGGA
TANJUNG BIDARA 3 November - Rata-rata anak muda di negeri ini berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Kursus Pra...
