Tandas ’emas’ MTS lebih selesa
BANDA HILIR 26 Februari – Keselesaan tandas buat pengunjung antara yang diberikan perhatian oleh pihak pengurusan Menara Taming Sari Berhad (MTSB) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik khusus sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nasrul Ahmad berkata, berkonsepkan tandas premium kemudahan itu dipastikan agar sentiasa bersih, kemas dan wangi, malah bagi memberikan keselesaan ia turut dilengkapi pendingin hawa.
Katanya, bagi mewujudkan suasana lebih ‘rileks’ pihaknya turut mengalunkan muzik instrumental bagi pengguna tandas berkenaan yang mula dibuka kepada orang ramai hujung November lalu.
“Keseluruhan ruang dalam tandas ini menggunakan cat warna emas dan dilengkapi skrin informasi untuk mempromosikan pelbagai produk yang kami tawarkan di MTSB.
“Bayaran RM2 untuk setiap kali masuk dikenakan kepada pengguna adalah berpatutan dengan keselesaan yang kami tawarkan kepada mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Nasrul berkata, inisiatif menyediakan kemudahan itu adalah hasil usahasama antara MTSB dan Newstar Pavilion Value Travel Sdn Bhd (NPVTSB).
tandas MTS 1- TANDAS premium keemasan MTS beri keselesaan kepada pelancong.
tandas MTS 2- IRINGIN muzik instrumental dan piano memberikan kelainan kepada pengguna.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1,675 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM307 JUTA DILAKSANA DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 3 Disember - Sebanyak 1,675 projek pembangunan melibatkan peruntukan negeri bernilai RM307 juta telah berjaya dilaksanakan di Melaka...
LELAKI HILANG SEMASA MEMUKAT IKAN DITEMUKAN LEMAS
JITRA 3 Disember - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa memukat ikan, Ahad lepas, ditemukan lemas di sungai Kampung Paya...
IMBAS KOD QR KENAL PASTI PEMILIK TERNAKAN
AYER KEROH 3 Disember - Penternak atau pemilik ternakan di Negeri Melaka disarankan supaya melabelkan haiwan milik masing-masing menggunakan kod...
TUJUH LELAKI DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN PELABURAN TIDAK WUJUD
GEORGE TOWN 3 Disember - Polis menahan tujuh lelaki dipercayai ahli sindiket yang menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud secara dalam...
KM PRIHATIN NASIB PESAKIT BUAH PINGGANG
AYER KEROH 3 Disember - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengarahkan setiap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan...
MELAKA SASAR SEDIAKAN 1,000 PARAKOM
AYER KEROH 3 Disember - Kerajaan Melaka menyasarkan untuk melatih sehingga 1,000 anggota Sukarelawan Paramedik Komuniti Melaka (PARAKOM), kata Ketua...