AB RAUF BERGELAR DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN

Masa Membaca:48 Saat

BANGI 21 November – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh antara lebih 14,000 graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-54 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), hari ini.

Beliau menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) yang disampaikan Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Lebih bermakna, Ab Rauf mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi calon rintis pertama di Malaysia yang menerima DBA menerusi sistem Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q).

Pengajian selama tiga tahun itu dijalankan di UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB), dengan tesis bertajuk ‘Pengurusan Teknologi Digital Dalam Kalangan Komuniti Kampung Tradisional: Analisis Inisiatif Kampung Digital Melaka’.

Penyelidikan berkenaan memberi tumpuan kepada pengurusan teknologi digital dalam kalangan komuniti kampung tradisional, khususnya menerusi inisiatif Kampung Digital Melaka yang bertujuan memperkukuh sistem penyampaian dan pendigitalan masyarakat luar bandar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post MELAKA BERWARNA-WARNI, FAIRUL NIZAM MAHU TERUS SUBURKAN PERPADUAN