Sorting by

×

PELAJAR TINGKATKAN EMPAT DITAHAN DIPERCAYAI BEKAL ‘VAPE MUSHROOM’

Masa Membaca:56 Saat

KESIDANG 29 Mei – Remaja lelaki berusia 17  tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dia disyaki membekalkan rokok elektronik mengandungi dadah ‘vape mushroom’ kepada rakan perempuannya yang juga pelajar tingkatkan dua.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal pelajar tingkatan empat itu dipercayai mula berbuat demikian sejak Februari lalu.

“Berdasarkan maklumat diterima kami menahan remaja lelaki itu semalam dan dia kini direman selama lima hari hingga 1 Jun bagi membantu siasatan mengikut  mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Siasatan bertujuan untuk mengetahui dari mana dia memperoleh bekalan vape mushroom berkenaan dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dan Pengerusi PERKEP (Persatuan Keluarga Polis)  Daerah Melaka Tengah, di Balai Polis Malim, hari ini.

Katanya, tangkapan itu adalah susulan kejadian rakan perempuan remaja terbabit dikatakan bertindak mencederakan diri sendiri disyaki kesan akibat pengambilan dadah berkenaan.

“Mangsa dipercayai mula terjebak dengan tabiat menghisap rokok elektronik selepas berkenalan dengan remaja lelaki tersebut sejak Februari lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

599
Kongsi :
Previous post PENGANGGUR DITAHAN BANTU SIASATAN PENEMUAN MAYAT TANPA IDENTITI
Next post JELAJAH MEDIPULIH MELAKA 2026 TUMPU PERKUKUH KESIHATAN KOMUNITI DI TIGA LOKASI