Sorting by

×

Pelancong Indonesia dan Singapura sasaran Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Pelancongan Melaka akan lebih menumpukan untuk menarik pelancong dari Indonesia dan Singapura dalam tempoh tiga tahun mendatang ini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata hal itu kerana Melaka dilihat mampu menjadi hab pelancongan kesihatan di rantau ini.

Katanya, bagi merealisasikan hal itu, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) telah mewujudkan banyak produk pelancongan baharu disamping membaik pulih produk pelancongan sedia ada untuk memastikan Melaka terus menjadi pilihan pelancongan.

“Melaka unggul menjadi pilihan pelancong dari negara jiran untuk mendapatkan rawatan, dan Hospital Mahkota Medical Centre kekal di tangga pertama menjadi pilihan warga jiran diikuti Hospital Putra, Hospital Pantai dan Hopital Oriental.

“BPP turut menjalankan lebih 74 buah acara pelancongan Melaka dan daripada itu 12 acara pelancongan utama.

“Usaha untuk menarik pelancong dari negara jiran juga giat dilaksanakan seperti mewujudkan pakej pelancongan seperti Kempen Promosi ‘Melaka For Malaysian’, ‘Melaka For Singaporean’, ‘Melaka For Asean’ yang berlangsung sehingga 31 Disember 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) mengenai Pelancongan Melaka pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata sebanyak 200 premis pelancongan Melaka telah disijilkan mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Kesemua kos ditanggung sepenuhnya oleh BPP dan merupakan satu insenfif Kerajaan negeri dalam membantu untuk merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1273
Kongsi :
Previous post Pusat data terbesar dibangunkan di Ayer Keroh
Next post AED diperluaskan di ‘hotspot’,bangunan kerajaan dan tempat awam
Ubah saiz-+=