
Pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri tertakluk kepada janji PRN – Abdul Razak
AYER KEROH 9 Mei – Pelantikan dan kedudukan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, ke jawatan itu adalah tertakluk kepada janji Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Nov lalu kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Kenyataan tegas beliau itu adalah bagi menjawab khabar angin yang mendakwa Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan.
“Sebagai wadah politik yang berpengalaman di negara ini, setiap keputusan yang dibuat di mana-mana peringkat adalah selari dengan pucuk pimpinan parti.
“Selama puluhan tahun, UMNO telah dilanda dengan pelbagai isu namun parti keramat ini terus kuat kerana kita mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Abdul Razak berkata, beliau akan terus fokus dalam usaha menepati janji-janji PRN yang lalu sepertimana terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).
“Sebagai EXCO, saya akan berusaha sedaya-upaya untuk melunaskan janji-janji tersebut bersama rakan-rakan EXCO yang lain.
“Keutamaan kami adalah untuk memastikan agar kesejahteraan rakyat Melaka secara keseluruhannya sentiasa terbela,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
600 PELAJAR POLYCC DITAULIAH PISPA, BERUPAYA BANTU OPERASI KECEMASAN
JASIN 6 Jun - Sebanyak 600 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang ditauliahkan menerusi Program Pasukan Institusi Pertahanan...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...
MRO, HIDROGEN DAN MARITIM ANTARA FOKUS DANA RM50 JUTA TVET 2.0 – AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA 6 Jun - Dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan...
POLIS KESAN EMPAT LELAKI DISYAKI CURI KABEL DI MRR2
KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Lingkaran...
