Ketua Menteri tidak dipaksa tanda tangan surat letak jawatan – Ab Rauf

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 9 Mei – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menafikan dakwaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, dipaksa pihak tertentu untuk menandatangani surat perletakan jawatan.

Ab Rauf berkata, selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan majoriti tiga perempat bilangan kerusi, Melaka sepatutnya menjadi sebuah negeri contoh.

Beliau berkata, tumpuan sekarang adalah untuk bergerak bersama-sama bagi memastikan UMNO Melaka menang di kerusi parlimen yang disasarkan dan bukannya mengeruhkan suasana.

“Selaku pengerusi perhubungan tidak ada dalam pengetahuan saya, secara langsung atau tidak langsung, Ketua Menteri dipaksa menandatangani mana-mana dokumen untuk meletakkan jawatan.

“Antara saya dan ketua menteri tidak ada masalah. Masalahnya tidak ada masalah. Jangan melibatkan saya sebahagian daripada untuk mengesahkan perkara yang tidak benar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, dakwaan berkenaan adalah tuduhan liar untuk memecah belahkan kekuatan UMNO negeri Melaka yang sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kepada semua pemimpin-pemimpin yang telah buat kenyataan tanpa menyiasat hujung pangkalnya, menghentikan segala tohmahan ini dan fokus kepada usaha membangunkan Melaka.

“Nasihat saya kalau badan tak gatal jangan digaru,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1140
Kongsi :
Previous post One Medic miliki enam cawangan klinik di Melaka
Next post Pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri tertakluk kepada janji PRN – Abdul Razak
Ubah saiz-+=