
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Selepas mengeluarkan semua muatan tanah, lori itu tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa bertindak turun untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat dan dihempap kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Asri berkata proses bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENJEJAK TINGGALAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 14 Januari – Misteri peninggalan Kesultanan Melayu Melaka kembali diselami menerusi Program Eksplorasi Menjejaki Monumen Kesultanan Melayu Melaka...
PROMOSI PRODUK PELANCONGAN MELAKA DI WTCKL
KUALA LUMPUR 14 Januari - Usaha mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan percutian diteruskan menerusi Pameran Pelancongan Visit Melaka 2.0...
MCORP BENTUK PASUKAN BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 14 Januari - Perbadanan Melaka (MCORP) menekankan kepentingan latihan berkualiti bagi kakitangan dan anak-anak syarikatnya sebagai langkah memperkukuh...
JAPERUN TABOH NANING BANTU PELAJAR KURANG MAMPU BAYAR YURAN SEKOLAH
TABOH NANING 14 Januari - Demi memastikan tiada pelajar tercicir persekolahan akibat kekangan kewangan Japerun Taboh Naning sedang mengenal pasti...
DEWAN TERBUKA RUMAH AWAM PULAU SEBANG 3 SIAP FEBRUARI DEPAN
GADEK 14 Januari - Rumah Awam Pulau Sebang 3 bakal menerima sebuah dewan terbuka dan gelanggang serbaguna yang dijangka siap...
ANAK EMU PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Gelagatnya yang comel dan lincah berlari menjadikan anak burung emu sebagai satu lagi tarikan terbaharu...
