Sorting by

×

PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BERI NILAI TAMBAH UNTUK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

SERI NEGERI 24 Disember – Projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang akan dibangunkan di tapak Bazar Melaka Sentral bermula Jun 2026 dijangka bakal memberi nilai tambah kepada negeri ini khususnya dalam sektor pelancongan.

Pengarah Herald Accord Sdn Bhd, Wong Pau Meng berkata, pihaknya telah menjalinkan usaha sama dengan kumpulan syarikat Perbadanan Melaka (MCORP) iaitu PM Multilink (PMML) bagi menjayakan projek tersebut yang merangkumi pembangunan hotel dan ‘service apartment’.

“Untuk pembangunan hotel, satu bangunan 10 tingkat akan dibina, manakala bagi komponen pembangunan ‘service apartment’, sebuah bangunan enam tingkat akan dibina dan berkonsepkan seperti Seremban Gateway yang terdiri daripada 114 unit komersial beserta ruang parkir bertingkat.

“Secara keseluruhannya, kita boleh katakan projek ini sebagai transit oriented development (TOD) yang bermaksud pembangunan ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam iaitu Melaka Sentral,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama dan Pemegang Saham di antara Herald Accord Sdn Bhd, PMML Sdn Bhd dan MCORP Neolestary Sdn Bhd dan Perjanjian Pembangunan di antara MCORP dan MCORP Neolestary Sdn Bhd di Seri Negeri, semalam.

Perjanjian usahasama itu disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Khairul Azreem Mamat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengarah Heral Accord Sdn Bhd, Wong Pau Meng dan Pengarah MCORP Neolestary Sdn Bhd, Wong Pau San.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengurus Besar PM Multilink Sdn Bhd, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Radzi dan Pengarah MCORP Neolestary Sdn Bhd, Wong Pau San.

Ujarnya, projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029, namun ia bergantung kepada kajian pembangunan di kawasan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1245
Kongsi :
Previous post JASIN MENUJU DAERAH MESRA PELABUR 2026
Next post LAPAN MASJID DI DUN ASAHAN MILIKI VAN JENAZAH