
Pembangunan Lesung Batu perlu mengikut syarat asas
AYER KEROH 12 Dis. – Kerajaan tidak bercadang untuk membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah.
Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Melaka berkata, pembinaan kemudahan sedemikian perlu bergantung kepada syarat-syarat asas yang telah digariskan kerajaan.
“Untuk maklumat, jarak antara Lesung Batu dan klinik kesihatan terhampir adalah radius tiga kilometer dan stesen minyak enam kilometer.
“Beberapa lagi syarat iaitu jumlah penduduk umpamanya sekarang anggaran sekitar 5,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian pada sesi soalan lisan di hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Idris menjawab soalan Datuk Ginie Siew Lin (PKR-Machap Jaya) mengenai perancangan terdekat kerajaan negeri untuk mewujudkan membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah memandangkan peningkatan kawasan perumahan dan populasi sejak lima tahun kebelakangan ini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA RAI LEGASI 04 RXZ X 125 ZR
AYER KEROH 12 Disember - Ribuan peminat motosikal Yamaha RXZ dan 125 ZR yang juga anak jati Melaka diraikan bersempena...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
MELAKA KE ARAH NEGERI PINTAR, INFRASTRUKTUR DIGITAL BERSKALA BESAR BAKAL DIBANGUNKAN
AYER KEROH 12 Disember - Melaka dipilih sebagai rakan strategik pelaksanaan pembangunan infrastruktur digital berskala besar, seterusnya bakal merealisasikan visi...
KEMPEN INTERNET SELAMAT 2.0 FOKUS DIDIK IBU BAPA KESELAMATAN DIGITAL
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan komited meneruskan Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2.0 pada tahun hadapan dengan memfokuskan pendidikan literasi...
260 KRT MELAKA BEREVOLUSI, JADI NADI PENGGERAK PERPADUAN
AYER KEROH 12 Disember - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan di negeri ini telah jauh berubah menjadi sebuah komuniti...

