
Pembangunan Lesung Batu perlu mengikut syarat asas
AYER KEROH 12 Dis. – Kerajaan tidak bercadang untuk membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah.
Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, LuarΒ Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Melaka berkata, pembinaan kemudahan sedemikian perlu bergantung kepada syarat-syarat asas yang telah digariskan kerajaan.
“Untuk maklumat, jarak antara Lesung Batu dan klinik kesihatan terhampir adalah radius tiga kilometer dan stesen minyak enam kilometer.
“Beberapa lagi syarat iaitu jumlah penduduk umpamanya sekarang anggaran sekitar 5,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian pada sesi soalan lisan di hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Idris menjawab soalan Datuk Ginie Siew Lin (PKR-Machap Jaya) mengenai perancangan terdekat kerajaan negeri untuk mewujudkan membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah memandangkan peningkatan kawasan perumahan dan populasi sejak lima tahun kebelakangan ini.
Views:
Related

Berita Lain
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
AI JADI ‘RAKAN’ BELAJAR, BUKAN TEMPAT BERGANTUNG
PENGKALAN BATU 27 September - Perkembangan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara bijak dalam pembelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat...
KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM
DUYONG 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat...
YOUTUBE JADI ‘GURU’, NUR SYAZWANI BERSINAR DI PENTAS DEBAT
SERI NEGERI 27 September - Tidak pernah menyangka penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat Bahasa Melayu berakhir dengan kejayaan meraih gelaran...

