
PEMBANTU MEKANIK MAUT DIHEMPAP PEMBERAT GETAH MESIN “CONVEYER”
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4 petang dan segera menghantar anggota polis dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat dihempap pemberat getah mesin berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di kawasan sekitar kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Selising, Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah menerusi talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh 09-7867222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...

