
PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI KAUNTER MPAG BERMULA 1 JANUARI 2026
ALOR GAJAH 30 Disember – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mula beralih kepada pembayaran tanpa tunai (cashless) bermula 1 Januari 2026.
Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan di semua kaunter MPAG.
Jelas beliau, orang ramai yang berurusan di kaunter dinasihatkan untuk mengaktifkan kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter.
“Transaksi tanpa tunai ini akan terpakai di semua kaunter MPAG membabitkan pelbagai urusan.
“Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan, antaranya kad debit, kad kredit atau pembayaran respons pantas (QR Pay),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut TPr. Saifuddin, inisiatif tanpa tunai itu diperkenalkan selari dengan program ‘Cashless Melaka’ atau Melakaku Tanpa Tunai yang diperkenal bagi menghebatkan agenda digital negeri.
“Ia secara tidak langsung menjadi antara usaha menggalakkan rakyat berurus niaga tanpa tunai di negeri ini, sekali gus merealisasikan hasrat Melaka menuju Bandaraya Warisan Dunia canggih dan pintar menjelang 2035.
“Pada masa sama, program ini juga menyahut agenda transformasi digital negara secara berfokus dan holistik,” ujar beliau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANJIR: 36 PENDUDUK DI SUNGAI RAMBAI DIPINDAHKAN KE PPS
SUNGAI RAMBAI 30 Disember - Seramai 36 penduduk dari dua buah kampung di Sungai Rambai dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...
STRUKTUR TIANG ROSAK: JAMBATAN SUNGAI RAMBAI DITUTUP, PENGGUNA DINASIHAT GUNA LEBUH AMJ
SUNGAI RAMBAI 29 Dis - Jambatan Sungai Rambai FT001 yang menghubungkan Kesang di Tangkak dan Sungai Rambai, Melaka, ditutup hari...
BANJIR: PPS DIBUKA DI SK PARIT PENGHULU
SUNGAI RAMBAI 29 Disember - Hujan lebat yang melanda selatan Melaka sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Jasin dinaiki...
LEBIH BANYAK BANGUNAN KERAJAAN BAKAL DILENGKAPI KEMUDAHAN SOLAR – EXCO KANAN
BANDARAYA MELAKA 29 Disember – Kerajaan Negeri mahu semua pihak berkepentingan memainkan peranan dalam memperluaskan pelaksanaan projek tenaga solar khususnya...
TAHA CAHAYA PERINTIS PROJEK PARKIR SOLAR DI UTC
BANDARAYA MELAKA 29 Disember – Taha Cahaya Sdn Bhd menjadi syarikat perintis dalam pelaksanaan projek 'Integrated Solar Carpark' bangunan Kerajaan...
PROGRAM JOM BERKHATAN PERCUMA RINGANKAN BEBAN IBU BAPA
PAYA RUMPUT 29 Disember - Inisiatif berkhatan beramai-ramai bukan sahaja menceriakan kanak-kanak yang bakal melangkah ke alam dewasa, sebaliknya membantu...
