Sorting by

×

PEMBENTANG ANTARABANGSA SRI LANKA, INDONESIA KONGSI ILMU DI SIMPOSIUM MELAYU MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 12 November – Simposium Melayu Melaka Siri 3 bakal pada 17 dan 18 November ini menampilkan pembentang antarabangsa dari Sri Lanka serta Indonesia bagi berkongsi pengalaman selain perspektif terkini tentang warisan etnik Melayu.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, kehadiran pembentang berkenaan bakal memperkayakan lagi pemahaman peserta mengenai sejarah, budaya dan tradisi komuniti Melayu peringkat tempatan serta antarabangsa.

“Program dua hari ini menyediakan platform penting bagi membincangkan pembentukan komuniti Melayu dalam konteks perkembangan Melayu diaspora, Melayu Proto, Melayu Deutro, Melayu Asli dan Melayu Peranakan serta cabaran memelihara identiti budaya warisan etnik.

“Selain pembentangan, simposium ini turut menampilkan pameran menarik seperti keris, permainan tradisional gasing dan produk-produk usahawan Melayu.

“Kita jangkakan lebih 300 peserta tempatan dan antarabangsa akan hadir, majlis perasmian akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 17 November,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Erne, simposium ini terbuka kepada semua pihak berminat mendalami pelbagai aspek sejarah, seni, muzik, seni bina, cara hidup serta adat tradisi yang membentuk identiti komuniti Melayu.

“Program bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, pendaftaran percuma dan dibuka sehingga 10 November 2025,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

939
Kongsi :
Previous post TNB SUMBANG VAN JENAZAH BAHARU, AKHIRI PENANTIAN 10 TAHUN MASJID AL-GHUFRAN
Next post BOMBA MELAKA KELUARKAN KOMPAUN KESALAHAN LIBATKAN PILI BOMBA, PENGGERA KEBAKARAN