Pemeriksaan kesihatan, kanser perlu diperluaskan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 14 Disember – Pemeriksaan kesihatan asas percuma akan terus diperluaskan menerusi penganjuran majlis mahupun program di negeri ini bagi memastikan pengurusan kesihatan rakyat Melaka terjamin.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, selain pemeriksaan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) Kerajaan Negeri turut menambah inisiatif pelaksanaan klinik bergerak bagi menjalankan pemeriksaan ‘tumor marker’ (penanda tumor).

Berikutan itu, beliau memohon kepada setiap pihak dan agensi terlibat yang menganjurkan apa-apa program di negeri ini perlu menjalinkan kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung ataupun rakyat yang hadir ke program yang dilaksanakan.

“Untuk penerima PeKa B40 ini adalah yang layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat malah kita juga telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Malaysia untuk kita gerakkan klinik bergerak di mana-mana program.

“Menerusi klinik ini rakyat boleh menjalankan pemeriksaan mammogram secara mudah kerana kita akur akibat kekangan waktu dan pekerjaan menyukarkan kita menjalankan pemeriksaan kanser ini dan ini merupakan peluang yang boleh diambil oleh rakyat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1095
Kongsi :
Previous post 17 GRO warga asing ditahan di Melaka
Next post Jalan Lereh – Tangga Batu akan diturap tahun depan
Ubah saiz-+=