
Pemimpin PBB seru jadikan 2021 tahun pemulihan
ANKARA, 29 Dis – Menyifatkan 2020 sebagai tahun penuh dugaan, tragedi dan air mata, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapan akhir tahunnya pada Isnin menyeru kerjasama untuk menangani cabaran global, lapor Agensi Anadolu.
“Marilah kita berdamai sesama kita dan juga alam, menangani krisis iklim, menghentikan penyebaran COVID-19 dan menjadikan 2021 sebagai tahun pemulihan,” kata Antonio Guterres dalam pesanan video.
Beliau turut menyentuh mengenai kesan buruk selama setahun COVID-19 di seluruh dunia seperti peningkatan kemiskinan, ketidaksamaan dan kelaparan, dan menekankan Tahun Baru yang bakal menjelang, akan membawa “sinar harapan.”
Sekiranya semua orang bekerjasama dalam kesatuan dan perpaduan, sinar harapan akan menerangi ke seluruh dunia pada tahun berikutnya, tambahnya.
Menurutnya, kedua-dua perubahan iklim dan COVID-19 adalah krisis yang hanya dapat ditangani oleh semua sebagai sebahagian daripada peralihan ke masa depan yang inklusif dan lestari, beliau menyatakan cita-cita utama PBB pada tahun depan adalah membina pakatan global untuk negara bebas karbon pada 2050.
“Menyembuhkan kesan virus, memulihkan ekonomi dan masyarakat yang terjejas, menghentikan perpecahan dan memulihkan planet ini. Itu adalah Resolusi Tahun Baru kita untuk 2021,” tambah Guterres. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KPDN MELAKA TUMPASKAN ‘PORT’ SIMPAN, JUAL DIESEL HARAM
PAYA RUMPUT 11 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak...
JAMU MATA, JAMU SELERA DI KEDAI ROTI CANAI MEZAN
KESIDANG 11 Jun - Bukan sekadar menjamah roti canai sambil menghirup teh tarik panas, malah pelanggan tempatan dan antarabangsa juga...
HOTEL MITC RAI 37 MURID PPKI SK KRUBONG 2
AYER KEROH 11 Jun - MITC Hotel meraikan 37 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi Majlis Sambutan Hari Lahir...
UNIMEL, ALAM BAKAL TAWAR ‘DOUBLE DEGREE’
KUALA LINGGI 11 Jun - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) komited untuk menjayakan kerjasama bidang akademik bersama Akademi Laut Malaysia (ALAM)...
PELANCONG INDONESIA GEMAR ‘HEALING’ DI MELAKA
KESIDANG 11 Jun - Melaka semakin popular dalam kalangan pelancong Indonesia sebagai destinasi 'healing' yang merangkumi percutian santai, pelancongan kesihatan...
LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG
KLEBANG 11 Jun - Lebih 15 kediaman di sekitar Pulau Gadong, di sini, terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang...
