PENDIKA perjuang suara pengamal media Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 22 Disember – Kelab Pengamal Media Melaka mengumumkan pelantikan kepimpinan baharu bagi tahun 2022-2024 pada Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Pada mesyuarat yang dihadiri hampir 40 ahli itu, Amir Mamat yang mewakili agensi NSTP dipilih kekal menerajui kepimpinan PENDIKA sebagai Pengerusi untuk tempoh dua tahun lagi.

Manakala, rakan sejawatnya di NSTP Nazri Abu Bakar dipilih sebagai Timbalan Pengerusi bagi sesi 2022-2024.

Turut terpilih sebagai 10 ahli jawatankuasa baharu ialah Mohamad Fazrul Abdul Majid, Norafiqah Jamal, Farah Suhaidah Othman dan Iqmal Haqim Rosman mewakili Melaka Hari Ini.

Turut tersenarai Rizanizam Abdul Hamid (Malaysia Gazette); Nurshuhada Abdul Kadir dan Imbran Abdullah (Astro Awani); Baharudin Mohamed (TV3); Noor Farhana Yaacob (Sinar Harian); Faizal Jaafar (Pusat Sumber) dan Faris Haikal Zakaria dari Melaka TV sebagai pemeriksa kira-kira.

Menurut Amir, barisan kepimpinan baharu yang dipilih itu berperanan untuk terus memperjuangkan suara pengamal media di negeri ini.

Katanya, pada masa sama, aspek kebajikan ahli yang terdiri daripada wartawan pelbagai agensi seperti Melaka Hari Ini, TV3, Astro Awani, Utusan, Kosmo, Bernama, The Star dan lain-lain juga akan terus diperjuangkan.

“Kepimpinan yang baharu dilantik ini juga akan berperanan dalam merencana pelbagai aktiviti untuk ahli, selain mengutamakan keselamatan ahli yang juga antara petugasan barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

“Selain itu, bermula tahun depan, kita juga akan merancang penubuhan sebuah Koperasi PENDIKA yang mana ia bertujuan untuk membantu pembangunan ekonomi ahli,” katanya.

Untuk rekod, PENDIKA mula ditubuhkan pada 12 Oktober 2020 bertujuan untuk menjaga segala kepentingan pengamal media yang merangkumi wartawan, jurukamera dan juruvideo di negeri ini.

PENDIKA juga telah bernaung di bawah Gabungan Kelab Media Malaysia sebagai sebuah persatuan induk yang ditubuhkan selepas sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang diadakan di Melaka, Mei tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1605
Kongsi :
Previous post Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa
Next post Tanah Runtuh Batang Kali: Empat mayat ditemukan, angka korban kini 30 orang
Ubah saiz-+=