
Pengamal media, kakitangan Jabatan Ketua Menteri terima sumbangan Tahun Baru Cina
SERI NEGERI 17 Jan – Seramai lapan pengamal media berbangsa Tionghua serta 11 kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) menerima sumbangan Tahun Baru Cina hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bagi memberi semangat untuk meraikan perayaan tersebut yang bakal tiba pada Feb depan.
“Sebentar tadi saya berkesempatan menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan media dan kakitangan berbangsa Tionghua di JKMM di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri.

“Pada majlis serba ringkas ini, saya sempat memberikan ucapan serta turut menitipkan nasihat supaya mereka terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Tahun Baru Cina,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Sulaiman berharap dengan semangat tahun ‘harimau’ sambutan Tahun Baru Cina kali ini akan membawa lebih banyak kemakmuran dan kejayaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
