
Pelekat RFID gagal dikesan antara punca dua tol sesak
PETALING JAYA 17 Jan- Pembukaan lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa tol di Lembah Klang di sini mengakibatkan kesesakan trafik sepanjang kira-kira 10 kilometer pagi ini.
Menurut laporan Kosmo! hari ini, keadaan trafik di Plaza Tol Bandar Seri Putra difahamkan mulai sesak sejak 7 pagi tadi dan pengguna jalan raya terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.
Keadaan sama turut berlaku di Plaza Tol Sungai Besi menghala Kuala Lumpur yang turut sesak teruk sepanjang kira-kira 10 kilometer.
Memetik laporan itu, pengguna melepaskan amarah menerusi media sosial dengan meluahkan rasa tidak berpuas hati serta kecewa terhadap pembukaan lorong-lorong RFID yang menyebabkan kesesakan teruk seawal jam 7 pagi tadi.
Terdapat juga pengguna mendakwa beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.
Sebelum ini, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi RFID secara berperingkat bermula 15 Januari lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
27-29 SEPTEMBER 2025, MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA
BANDA HILIR 6 Julai - Tanggal 27 hingga 29 September depan bakal melakar satu lagi sejarah baharu buat Negeri Melaka...
MALAYSIA DIIKTIRAF LIMA DESTINASI PALING MESRA MUSLIM
BANDA HILIR 5 Julai - Malaysia kini telah diiktiraf di kedudukan lima terbaik destinasi paling mesra Muslim di seluruh dunia....
MELAKA PERKENAL LEBIH 800 INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA WTD 2025
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah memperkenalkan lebih 800 inisiatif pelancongan menarik pada tahun ini bagi merealisasikan sasaran kehadiran...
MELAKA SUDAH SEDIA JADI TUAN RUMAH ACARA PELANCONGAN DUNIA
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah membuktikan kesediaan menjadi tuan rumah acara pelancongan dunia iaitu Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
MEMARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU, MANIFESTASI MENYATUKAN NUSANTARA
BANDA HILIR, 5 Julai – Seni dan budaya yang melangkaui sempadan bangsa mampu menjadi jambatan perpaduan serantau dan wahana diplomasi...
KAMPUNG DIGITAL: JANGAN BERLENGAH TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN
BEMBAN 5 Julai - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang sudah menerima alamat digital baharu diminta untuk segera...