
Penghantar makanan maut kemalangan di bulatan
DURIAN TUNGGAL 21 Dis – Seorang penghantar makanan meninggal dunia akibat parah di kepala selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, dekat sini, jam 11.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 24 tahun menunggang motosikal Honda RS150 disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
“Hasil siasatan awal mendapati lori dan motosikal berkenaan datang dari arah Gangsa menghala ke Batu Berendam.
“Ketika memasuki bulatan mangsa mahu membelok ke kanan dipercayai melanggar bahagian tepi hadapan sebelah kanan lori ketika itu berada di lorong kiri.

“Pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk pengendalian bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
ALUNAN KALAM ILAHI ‘BERGEMA’ DI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Pengisian Ramadan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) tampil berbeza apabila bakal mengadakan...
MPHTJ SANTUNI, CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 1 Mac - Inisiatif berkongsi rezeki dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedikit sebanyak membantu menceriakan sambutan...
