
Perkhidmatan Melaka River Cruise dihentikan sementara malam esok
BANDARAYA MELAKA 21 Feb – Perkhidmatan Melaka River Cruise akan ditutup beberapa jam bermula 9.30 malam esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
Kenyataan dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sungai dan Pantai (PPSPM) memaklumkan, penutupan turut membabitkan pejabat pengurusan perkhidmatan bot pelancongan itu di Jalan Pengkalan Rama.
“Pejabat pengurusan akan ditutup awal bermula jam 1 tengah hari esok, kerja sanitasi ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan COVID-19.
“Perkhidmatan Melaka River Cruise akan disambung semula seperti biasa pada keesokannya bermula jam 9 pagi,” katanya.
Menerusi kenyataan sama PPSPM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PASANGAN KEKASIH DITAHAN SEMBUNYI KELAHIRAN, GUGUR KANDUNGAN
AYER KEROH 6 Mei – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes menggugurkan kandungan secara paksa serta menyembunyikan janin...
WRUR AYER MOLEK: RAKYAT MOHON KESELAMATAN DI SEKOLAH DITAMBAH BAIK
AYER MOLEK 6 Mei - Keselamatan pelajar di kawasan sekolah menjadi perhatian apabila menjadi antara aduan yang dikemukakan orang ramai...
PERPUSTAM SASAR BUKA DUA PERPUSTAKAAN KERJASAMA TAHUN INI
AYER MOLEK 6 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menyasarkan sekurang-kurangnya dua lagi perpustakaan kerjasama akan dibuka pada tahun...
KESELAMATAN PELANCONG PERLU DIUTAMAKAN – MOTAC MELAKA
BANDARAYA MELAKA 6 Mei - Semua syarikat bas dan van persiaran serta pengusaha pelancongan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa...
WRUR AYER MOLEK: RAKYAT PUJI KETERBUKAAN KERAJAAN NEGERI SANTUNI ADUAN
AYER MOLEK 6 Mei - Program Hari Aduan Rakyat sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MATTA FAIR MELAKA 2026 REKOD JUALAN LEBIH RM8 JUTA
BANDARAYA MELAKA 5 Mei - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka berjaya mengutip jualan lebih RM8 juta pada...

