Pengisian berciri keunikan identiti Melaka di Panggung Bangsawan

Masa Membaca:53 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April – Pengisian berbentuk persembahan kebudayaan di Panggung Bangsawan mencerminkan identiti serta keunikan Melaka sebagai negeri bersejarah.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata pembukaan semula panggung tersebut menambah pengisian buat pengunjung untuk mengenali Melaka dengan lebih dekat.

Jelasnya, beliau kagum dengan fasiliti dan kemudahan teknikal yang digunakan di Panggung Bangsawan.

“Saya mula-mula melangkah ke Panggung Bangsawan ini memang mengimbau kenangan, dahulu panggung ini adalah Panggung Cathay, penuh nostalgia.

“Persembahan pembukaan kali ini merupakan ‘preview’ untuk melihat antara pengisian yang akan ditonjolkan, setakat ini penerimaan pengunjung juga positif, saya yakin ia mampu menarik lebih ramai pengunjung ke sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sa’ari berkata pihaknya akan memberi kerjasama dengan menguar-uarkan kepada pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise (MRC) untuk singgah ke Panggung Bangsawan.

“Pengunjung yang menaiki MRC, kita boleh cadangkan untuk singgah ke sini bagi menyaksikan persembahan kebudayaan memaparkan etnik-etnik serta keunikan budaya-budaya yang terdapat di Melaka.

“Semua ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

96
Kongsi :
Previous post Pengurus syarikat agensi pelancongan didakwa cuba bunuh isteri, sebabkan kecederaan pengawal peribadi
Next post JPJ Melaka keluarkan lebih 3,300 kompaun
Ubah saiz-+=