
Pengurus akaun mengaku tidak bersalah pecah amanah libatkan lebih RM2.5 juta
MUAR, 5 September – Seorang pengurus akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai dan cek bernilai lebih RM2.5 juta, antara Jun 2017 hingga November 2019.
Mohd Reazal Mohd Yassin, 48, didakwa melakukan perbuatan itu ketika bekerja di syarikat pembuatan perabot di Kundang Ulu, Grisek, Tangkak.
Dia dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 14 tahun, sebat dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Mohd Reazal yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan memandang dia yang kini tidak bekerja, tidak sihat dan menanggung isteri serta ibu mentua yang sakit.
Hakim Irwan Suainbon membenarkan tertuduh diikat jaminan sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan dan menetapkan 5 Okt untuk sebutan semula kes.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...

