Peniaga durian tepi Lebuh AMJ diarah tutup

Masa Membaca:53 Saat

ALOR GAJAH 13 Jun – Akibat meniaga di kawasan berbahaya seorang lelaki yang sedang menjaja durian di tepi jalan Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) diarah tutup jualannya hari ini.

Menerusi laman Facebook Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memaklumkan, peniaga lelaki tersebut diarah menutup perniagaan durian yang dijual selonggok-selonggok itu kerana tidak memiliki lesen.

Selain itu, turut difahamkan, peniaga tersebut juga meniaga di kawasan yang tidak dibenarkan meniaga kerana kawasan lebuh AMJ itu sudah dimaktubkan sebagai kawasan dilarang meniaga atas faktor keselamatan pengguna lain di kawasan persekitaran

Menurut kenyataan dari MPAG juga, peniaga tersebut telah dinasihatkan untuk memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.

Pihak MPAG memaklumkan, arahan penutupan itu merupakan amaran kepada peniaga terbabit dan tiada saman atau denda dikenakan.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak meniaga atau menjaja di kawasan larangan seperti di Lebuh AMJ dan meminta untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing jika terlihat penjaja yang menjalankan aktiviti jual beli di kawasan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1490
Kongsi :
Previous post Hukuman mati masih wujud dalam perundangan Malaysia, pemansuhan hanya hukuman mati mandatori
Next post Melaka promosi pelancongan ke Pulau Pinang
Ubah saiz-+=