
PENIAGA RUGI HAMPIR RM200,000 DIPERDAYA SINDIKET PENIPUAN TEMPAHAN TIDAK WUJUD
Beliau berkata pada 3 Jun lepas, mangsa lelaki berusia 50 tahun itu dihubungi oleh adik angkatnya yang memaklumkan dia ditawarkan projek membekal barangan sukan oleh Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya ke Kolej Universiti Bestari (KUB), Setiu.
Beliau berkata atas sebab kekangan kewangan, adik angkat mangsa tidak dapat menerima projek berkenaan dan menawarkannya kepada mangsa.
“Mangsa bersetuju menerima projek untuk menghantar tempahan barangan ke KUB pada 8 Jun.
“Pada masa sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek wanita yang ingin membuat tempahan barangan lain pula seperti kurma, keris, dan plat. Suspek telah memberikan mangsa nombor telefon pembekal untuk dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini. — LAGI
Azli berkata mangsa kemudian menghubungi suspek yang menyamar sebagai pembekal dan membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM175,452.80 ke beberapa akaun yang diberikan.
Bagaimanapun setelah diperiksa, mangsa mendapati suspek bukan petugas daripada pejabat Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya seperti yang didakwa dan tempahan berkenaan juga tidak wujud.
“Mangsa membuat laporan polis pada 12.32 tengah hari semalam. Sumber kewangan mangsa ialah wang simpanan sendiri dan kenalannya yang juga rakan kongsi perniagaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.