
PENIAGA RUGI LEBIH SETENGAH JUTA DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditawarkan pekerjaan dengan komisen lumayan oleh seorang individu dikenali sebagai ‘Nabila Puteri’ menerusi laman sosial Facebook pada 14 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa diminta memuat turun satu aplikasi melalui pautan yang diberikan suspek dan perlu membuat pembelian pelbagai barangan bagi memperoleh komisen tersebut.
“Pada peringkat awal, mangsa menerima komisen daripada beberapa tugasan yang diselesaikan dan berasa gembira.
“Tertarik dengan pulangan itu, mangsa kemudian membuat 38 lagi transaksi wang ke 22 akaun bank berbeza bagi pembelian seterusnya, namun tidak menerima sebarang komisen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang kehilangan semua wang simpanan hasil jualan buah-buahan, barangan runcit dan lembu, membuat laporan polis pada 2.49 petang semalam.
“Selain wang simpanan, mangsa juga menggunakan dana daripada pinjaman rakan dan kad kredit. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN ‘POGHUT’ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
AB RAUF MAHU TERUS BONGKAR SEJARAH KEHEBATAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat meneruskan usaha membongkar sejarah kehebatan tamadun...
PRN MELAKA: ALONG MAHU TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT, SEJAHTERAKAN ASAHAN
AYER KEROH 25 Oktober - Kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi pembakar semangat Datuk Dr. Fairul...
MELAKA TIDAK LAGI SAMBUT MERDEKA DI TAPAK TINGGALAN PENJAJAH
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Melaka tidak lagi menjadikan kawasan sekitar Tugu Kota A Famosa sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan...
PRN MELAKA: NADARAJAH TEKAD PERTAHAN GADEK, BANTU BN TAMBAH KERUSI DUN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad...
PRN MELAKA: AB RAUF TUNGGU LAPORAN SEBELUM BUAT KESIMPULAN ISU MCA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih menunggu laporan berhubung tindakan kepimpinan MCA...
