
PENIAGA RUGI RM800,000 DITIPU PELABURAN TENDER TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 48 tahun itu pada mulanya bertemu dengan seorang individu pada awal 2023 bagi perbincangan berkaitan perniagaan.
Beliau berkata melalui pertemuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, suspek menawarkan mangsa pelaburan tender berkenaan bagi tempoh bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Okt 2025 dengan kadar keuntungan 17 peratus.
“Mangsa yang bersetuju menyertai pelaburan itu telah menyerahkan cek secara berperingkat melalui serahan tangan dan mesin deposit cek bermula 10 Feb 2023 hingga 4 Okt 2023.
“Setelah menyertai pelaburan, lelaki itu dijanjikan mendapat pulangan keuntungan dalam masa terdekat, bagaimanapun sehingga laporan dibuat semalam di Balai Polis Batu Pahat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar berkata mangsa juga cuba menghubungi suspek namun gagal dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HARI INI BOLOT 8 ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025
BANDA HILIR 14 Disember - Melaka Hari Ini Sdn Bhd membuktikan reputasinya sebagai antara agensi berita terbaik Negeri Melaka apabila...
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
