
PUSPANITA MELAKA JULANG PIALA TOH PUAN ASMAH
AYER KEROH 30 Oktober – Skuad badminton Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Melaka menggondol kejuaraan pada Kejohanan Badminton Piala YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Dewan Bistari, di sini, Sabtu lepas.
Ia selepas PUSPANITA Melaka menewaskan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka pada perlawanan akhir.
Selaku johan, PUSPANITA Melaka berjaya membawa pulang RM1,000 berserta piala.
Tempat ketiga pula menjadi milik Kelab Badminton Seri Murni (KBSM).
Pertandingan yang dianjurkan oleh KBSM itu menyaksikan sebanyak 12 pasukan terlibat, antaranya KBSM (dua pasukan), NCWO, WI, PEWAKAS, PUSPANITA, PERKEP, MIC, PERWIM, PELITAWANIS, PERSIAP dan PEWANI UITM.
Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan sendiri oleh Toh Puan (Dr.) Asmah Abdul Rahman selaku Pengerusi KBSM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...

