
PENIAGA WANITA CEDERA DISIMBAH ASID DI BACHOK
Ketua Polis Daerah BachokĀ Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkataĀ kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis miliknyaĀ untuk memberikan perkhidmatan urutan mengikut satu temu janji.
Beliau berkata ketika itulahĀ suspek secara tiba-tiba menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
“Pemeriksaan forensik di lokasi kejadian menemui empat kesan cap jari serta bekas yang dipercayai digunakan oleh suspek.
āMangsa kini menerima rawatan susulan kecederaan yang dialami dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Ismail berkata siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Balai Polis Tawang atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKDM MELAKA TUMPASKAN KEGIATAN SELUDUP E-SISA, ROKOK BERNILAI RM1.84 JUTA
MELAKA 26 Februari - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan kegiatan penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta rokok...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI LIMA MANGSA KEBAKARAN DI RAUB
RAUB 26 Februari - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah...
KEBERSIHAN PASAR RAMADAN MPHTJ PADA TAHAP BAIK, MEMUASKAN
BUKIT KATIL 26 Februari- Tahap kebersihan pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang memasuki operasi...
MARTABAK SINGAPURA PILIHAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN KAMPUNG TUN RAZAK
BUKIT KATIL 26 Februari - Hampir satu dekad Martabak Singapura Dak Yus kekal menjadi antara juadah pilihan pengunjung khususnya umat...
113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
AYER KEROH 26 Februari - Sebanyak 113 siri Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan sepanjang Ramadan dan Syawal 2026 bagi...
LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
AYER KEROH 26 Februari - Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar...
