
PENIAGA WARGA INDONESIA DIDENDA RM6,000 MILIKI KAD PENGENALAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PALSU
KUANTAN 28 Januari – Seorang peniaga makanan wanita warga Indonesia didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad mengandungi maklumat palsu dalam satu pemeriksaan, Ahad lepas.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman turut memerintahkan Indah Aryani, 36, dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia bagaimanapun membayar denda itu.
Tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu ketika semakan dibuat terhadap kad pengenalan yang dimiliki, iaitu atas seorang penama, semasa operasi dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang di Lot 24 Lorong Pak Mahat Kampung Kempadang di sini kira-kira 11 malam, Ahad lepas.
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN Pahang Burhanuddin Hamzah dan Penolong Pegawai Pendakwa Mohd Nurhisyam Mohd Sofian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding itu, Burhanuddin memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada wanita terbabit dan masyarakat demi keselamatan serta kedaulatan negara.
Wanita itu bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan menyara empat anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Mengikut fakta kes, ketika operasi dilaksanakan JPN, wanita itu telah menyerahkan pasport Indonesia atas nama Indah Aryani, namun selepas semakan cap jari dibuat nama tertuduh merujuk kepada seorang penama lain.
Siasatan lanjut oleh JPN mendapati, wanita itu telah mengaku membeli sijil kelahiran atas nama penama berkenaan dan menggunakan dokumen itu untuk mendapatkan kad pengenalan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEKEBUN LEGA MASALAH HAKISAN TEBING SUNGAI SELESAI
ASAHAN 3 Mei - Masalah hakisan tebing Sungai Nyalas yang mencetuskan kebimbangan penduduk dan pekebun kecil di Kampung Pondok Batang...
REMPEYEK ANA KUDAPAN POPULAR DARI BUKIT SEDANAN
ASAHAN 3 Mei - Rempeyek atau sering dipanggil ‘peyek’ merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan biasanya menjadi...
WRUR PELENGKAP USAHA MELAKA JUARAI KEBAJIKAN RAKYAT
AYER MOLEK 3 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini sudah memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15...
DI USIA 77 TAHUN, TOO MOI MASIH ‘POWER’ BERKEBUN
ASAHAN 3 Mei - Usia emas bukan penghalang bagi Chong Too Moi, 77, dari Kampung Baru Pondok Batang untuk terus...
MELAKA RIVER CRUISE REKOD LONJAKAN PENGUNJUNG 132.5 PERATUS
KOTA LAKSAMANA 3 Mei - Melaka River Cruise terus membuktikan reputasi selaku produk pelancongan utama Negeri Melaka apabila merekodkan peningkatan...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘HIDUP’, TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG
BANDA HILIR 3 Mei - Menara Taming Sari terus komited membawa kelainan kepada pengunjung dengan memperkenalkan pelbagai tarikan baharu, termasuk...
