“Penjual, tolong letak tanda harga”

Masa Membaca:12 Minit, 26 Saat

MHI: Isu peningkatan harga barang menjadi bebanan buat para pengguna secara umumnya. Dari pihak YB, apakah langkah yang akan dilaksanakan bagi mengekang isu tersebut daripada terus berleluasa.

ISMAIL: Isu mengenai dengan barang bekalan makanan ini ada kaitan dengan ‘supply and demand’, kita mengalami Covid-19 ini, dalam masa tiga-empat bulan menyebabkan kita alami beberapa masalah seperti kenaikan harga. Kita lihat harga makanan harian seperti ayam misalnya tidak menentu, bila kita adakan ‘Harga Patut’ ia turun kepada RM7-RM7.50, tetapi kebelakangan ini ia naik sehingga RM12. Tetapi hari ini sudah turun kembali dan penurunan itu sampai RM7.80 daripada RM9, RM9.50, RM9.20, RM9 hari ini sampai RM7.80 kalau tidak silap saya.

Sebenarnya harga ini bergantung kepada ‘supply and demand’ selain kita juga telah memantau di ladang-ladang ayam dan sebagainya untuk melihat harga barang- barang ini supaya dapat dikawal dan juga memastikan barang ini mencukupi terutamanya menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Haji tidak lama lagi.
Jadi dari segi jabatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri kita ada membuat pemeriksaan barangan kawalan termasuk gula, minyak masak, tepung, ‘face mask’ dan barang-barang utama di sektor peruncitan bagi memastikan barangan ini mencukupi dan dijual pada harga sepatutnya.

Kita turut mengumpul maklumat- maklumat pengeluaran dan jualan harga barangan makanan di peringkat pembekal terutama bagi mendapatkan maklumat dan stok sedia ada selain kita juga menambah bilangan Peruncit Daerah Terpilih iaitu ‘Dedicated District Retailer’ sebanyak lima premis bagi setiap kawasan daerah bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pemborong Daerah Terpilih, ‘Dedicated District Wholesaler’ sebanyak dua premis. Ini bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan dapat mengawal dari segi harga.

Pelaksanaan sistem kawalan harga maksimum di waktu perayaan kita sudah jalankan dan selain memastikan harga serta bekalan mencukupi ianya juga dari segi ‘accessibility’, kemudahan kepada orang ramai. Jadi kalau boleh kita hendak ‘allocation’ benda ini berhampiran dengan kawasan yang padat supaya dapat memberi manfaat dan meminta jabatan untuk memantau.

Kadang- kadang harga di pasar raya dengan di kampung berbeza, perbezaan itu sampai RM2-RM3, kenapa jadi begitu? Terutama pasar kecil di kawasan kampung contoh di Masjid Tanah, kalau diambil dua perkara ini seperti Family Store dan di pasar Masjid Tanah berbeza, kenapa jadi begitu ? Kita hendak tengok adakah Masjid Tanah ini orangnya beli di Family Store atau direct pembekal, orang tengah atau dua tiga lapis lagi sebelum mereka dapat.

Saya lihat kebanyakkan peniaga kecil hadapi masalah dari segi harga, jadi hal ini kalau boleh perlu cari harga yang boleh bersaing dengan Family Store atau dengan harga yang lebih murah. Kadang- kadang kita tengok supermarket jual dengan harga terlalu murah kenapa peniaga-peniaga kecil ini tidak boleh bersaing, mungkin kalau berbeza harga 20 -30 sen bagi saya tidak apa kalau sampai RM2 hingga RM3 ianya ketara.

Kita faham mungkin pasaraya mereka membeli barang secara pukal, jadi mereka boleh menjual barangan pada harga rendah
, manakala peniaga di kampung pula mereka membeli disitu dan sukar bagi mereka untuk bersaing dari segi harga.

Saya selalu galakkan masyarakat di kampung, misalnya mengusahakan ternakan seperti ayam, itik dan pertanian jadi apabila dia buat itu, mereka sebenarnya membekalkan produk kepada peniaga kecil, sekali gus penjual mampu memberikan harga yang stabil berbanding harga di pasaraya.

Secara tidak langsung mewujudkan ruang pekerjaan kepada orang ramai, belia dan dapat membantu peniaga mengedarkan barangan atau produk agroprenuer.

Yang ada di luar bandar. Sekurang- kurangnya dapat imbangkan harga tetapi kena ada yang munasabah dapat membantu belia membuat pertanian.

KPDNHEP telah melakukan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas berkaitan dengan harga barang dan bekalan selain itu juga pemantauan dari segi tanda harga. Kadang- kadang ada yang tiada tanda harga contohnya penjual durian tidak meletakkan tanda harga, tiga kedai diambil tindakan perlu membayar saman kira- kira RM1, 000. Saya nasihatkan penjual tolong meletakkan tanda harga kerana jika tiada harga itu mungkin ada cubaan bermain harga barangan dan akhirnya terkena kepada pengguna.

MHI: Apakah perancangan kerajaan negeri dalam memastikan nilai perpaduan akan terus kukuh dan tidak mudah diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab.

ISMAIL: Apabila bercakap pasal perpaduan, saya tengok masalah perpaduan kita kena didik anak- anak dari sekolah/ peringkat rendah dimana menghormati satu sama lain, menghormati budaya lain, self respect kena tanam dikalangan anak- anak ini.

Dalam Jawatankuasa Tindakan Perpaduan negeri kita ada berbincang perkara- perkara berkaitan dengan penglibatan anak- anak diperingkat sekolah, ini kerana hendak memupuk dan menanam semangat kena dari kecil, jadi hendak melentur buluh biar dari rebung bila sudah menjadi buluh kalau dilentur patah terkena muka sendiri.

Tindakan yang kita buat ialah hendak mewujudkan pidato dalam Bahasa Melayu, saya tidak mahu katakan Bahasa Malaysia, kerana bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Di mana semua bangsa perlu terlibat selain itu menghayati Rukun Negara. Kita akan mewujudkan kempen hayati Rukun Negara dalam kalangan anak sekolah rendah dan menengah.

Jika lihat daripada pengalaman saya, waktu perhimpunan pagi ada anak- anak ini tidak menyanyi dan menghayati lagu Negaru, buka mulut pun tidak, diam jadi benda begini kita perlu tanam.

Misalnya, kita pergi ke sekolah, lihat kelompok- kelompok bangsa yang mana budak Cina dengan Cina, budak Melayu dengan Melayu dan India dengan India, why not kita gaulkan mereka supaya dapat berinteraksi satu sama lain. Kita juga hendak mengadakan program berbalas pantun, program ini perlu ada Melayu, Cina dan India semua kena berpantun. Misalnya sekolah hendak adakan program budaya janganlah buat kebudayaan Cina panggil budak Melayu, kebudayaan Cina ambil budak- budak Cina. Hari ini, kebanyakkan kalau tarian Cina budak Melayu kenapa begitu ? Kenapa tidak bangsa lain bersama- sama bagi saya they should work together demi kepentingan negeri dan negara.

Perpaduan dari segi komuniti yang ada di kampung perlu diperkukuhkan lagi yang penting respect, itu sahaja. Bagi saya semua orang ada hak untuk hidup dalam negara ini within the law, dalam lingkungan undang- undang jadi respect orang Melayu dengan cara dia, Cina dengan cara dia dan India dengan cara dia. Kalau kita ada sikap respect antara each other rasanya tiada masalah dari segi perpaduan makanya kita boleh hormati antara satu sama lain. Pada zaman saya kanak- kanak dahulu saya boleh pergi ke rumah kawan berbangsa cina, boleh minum dan kebelakang rumahnya dan bertanya ‘eh banyak babi balakang rumah’ and then dia pula datang kerumah saya belajar. Kenapa zaman dulu boleh dan sekarang kita kena pengasingan bangsa. Ini tidak elok untuk negeri dan negara kita yang berbilang kaum dan berbagai budaya, its not good.

MHI: Sebelum ini YB pernah menyebut, golongan nelayan dan petani di negeri ini perlu mencarum PERKESO. Bagaimana pihak kerajaan negeri sendiri dapat memastikan kesemua mereka mencarum PERKESO dan apakah langkah- langkahnya.

ISMAIL: Di peringkat negeri kita bersetuju membuat caruman- caruman bantuan kepada pemandu dan pemilik teksi, penarik beca begitu juga petani dengan nelayan. Hal ini saya sudah berbincang dengan peringkat potfolio dan jabatan. Kita lihat ada penglibatan individu- individu yang menjalankan pertanian dan nelayan mencarum dari segi keupayaan mereka sendiri. Dari segi lain, nelayan ini kebanyakkan mereka menerima wang sara hidup setiap bulan, kenapa tidak kita potong dalam RM13 – RM13.90 setiap bulan untuk caruman mereka dalam PERKESO.

Apabila ada caruman manfaat itu lebih, ada benefit untuk diri dan keluarga. Saya harap perlaksanaan untuk caruman ini akan dapat dilakukn dengan sedikit masa lagi dengan persetujuan LKIM supaya dapat menyelaraskan pencaruman nelayan di dalam PERKESO di Melaka.

MHI: Apakah pelan jangka pendek dan panjang kerajaan negeri dalam menangani masalah pembuangan kerja ketika ini.

ISMAIL: Kalau kita lihat dari segi pembuangan kerja yang berlaku di Melaka ada beberapa kategori iaitu diberhentikan kerja sukarela, diberhenti kerja kerana masalah dan diberhenti sewaktu Covid, kalau yang bermasalah itu mungkin dia ada sikap malas bekerja dan sebagainya. Kerajaan ada memberi bantuan kepada majikan dalam membantu majikan dalam membayar gaji, ada majikan terima dan ada yang tidak terima. Saya pernah berjumpa ada majikan yang tidak terima sewaktu awal Covid kerana alasan tidak tahu bila Covid akan habis dan dia takut akan menanggung dan kalau dia tidak terima bantuan kerjaan dalam saraan itu dia boleh buang pekerja, it’s not good for our nation dan tidak elok untuk negeri serta negara.

Saya nasihatkan kepada mereka lebih 2300 yang mendaftar dalam soal selidik yang dikeluarkan oleh UPEN dan kita lihat dari segi membantu mereka dalam jangka masa pendek ialah menggalakkan mereka membuat perniagaan online, benda- benda yang boleh mendatangkan hasil cepat seperti bertani, banyakkan program pertaian muda yang diwujudkan.

Selain itu saya hendak menasihatkan, saya lihat daripada bancian kita level of education, apa yang berlaku ketika kegawatan Covid ini, hampir 56 peratus out to SPM. Kalau boleh kita galakkan mereka terus dalamkan lagi ilmu vokasional yang boleh memberikan mereka keupayaan dan keberolehan kerja yang tinggi. Kita ada beberapa institusi vokasional di Melaka seperti ILP, ADTEC, Kolej Komuniti dan sebagainya pergilah ambil kursus jangka pendek dan panjang bagi memperbaiki diri. Dapatkan pendidikan ilmu supaya dapat mendalami dan perbaiki diri dan perluas lagi perniagaan mereka.

Make us galakkan mereka awareness of education supaya mereka dapat belajar di kolej- kolej ini dan dapat kembangkan lagi perniagaan sedia ada kepada lebih besar dan terus maju itu harapan saya kepada mereka.

Kebanyakan saya tengok hotelier, hotel- hotel di Melaka banyak tutup, where they want to go. Mereka dalam bidang food handling digalakkan go deeper on the hospitality seperti food, cake and pastry dan sebagainya supaya mereka dapat dalami ilmu dan terus berniaga sendiri.

Hari ini saya tengok perniagaan online it’s very lucrative, some of them get RM10, 000 a month daripada hasil jualan online, ini bagi saya suatu perniagaan yang baik dan merupakan norma baharu dalam perniagaan. Orang hendak beli/ oder just one phone call and the food its already arrive dekat rumah. This norma baharu dalam perniagaan yang mana kita galakkan pada belia, orang muda baik yang bekerja dan berhenti kerja meneruskan usaha ini bukan setakat makanan tetapi barangan lain boleh dibeli online dan membantu menjimatkan masa pengedaran, penyampaian barangan kepada on the demand.

Majikan saya lihat ada lagi yang berdegil, saya ada berjumpa 5- 6 orang masih lagi mendapat tahap gaji RM600 sebulan yang mana dulu dapat lebih RM2, 000. Ini berdasarkan kepada bantuan kerajaan. Kita akan tengok balik selepas Covid, pemulihan ekonomi majikan boleh berkembang atau tidak contohnya satu badan misalnya buat satu produk, tengok kilang itu boleh cepat bangkit atau tidak. Apabila kilang- kilang atau industri itu cepat bangkit mungkin juga gaji akan naik semula.

MHI: Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan hak pengguna dapat dilindungi dari sebarang penipuan terutamanya perniagaan dalam talian.

ISMAIL: Dalam memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi dari sebarang bentuk penipun terutamanya perniagaan dalam talian, kerajaan negeri melalui KPDNHEP sentiasa mengadakan program- program ceramah kesedaran dan pemberitahuan kepada masyarakat mengenai peniaga- peniaga yang tidak beretika dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, kita akan explain kepada masyarakat apa hak- hak mereka, pengguna dilindungi sepenuhnya dan pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia sehinggalah tahap nilai pendengaran. Jadi ini adalah untuk melindungi pembeli- pembeli online misalnya kerana tribunal ini dibuat bagi melindungi pembeli online kerana tuntutan dapat dilakukan dan masalah dapat diselesaikan.

Pengguna juga dilindungi dibawah Peraturan Perlindungan Pengguna Transaksi Urusniaga Perdagangan Elektronik 2012. Melalui peraturan ini peniaga dalam talian wajib menyatakan dengan jelas nama penjual beserta alamat lengkap, nombor SSM/ pendaftaran syarikat, nombor telefon atau e-mail, deskripsi barang atau perkhidmatan yang diiklankan, harga barang yang diiklankan termasuk kos penghantaran jika ada dan cara pembayaran. Kebanyakkan cara pembayaran online, melalui kad ada juga cash on delivery. Bagi saya lebih suka kepada cash on delivery, boleh pastikan barang sampai tetapi. Masalah cash on delivery kadang- kadang iklan yang boleh mengelirukan, tidak baca betul- betul. Nasihat saya kepada pembeli berhati- hatilah tengok betul- betul apa yang dijual apa yang dijual dan baca apa yang ditulis.

MHI: Memandangkan kini kita berada dalam era digital, bagaimanakah peluang pekerjaan didalam bidang digital dapat dioptimumkan di negeri ini.

ISMAIL: When we talk about the digital, anything about digital sekarang macam- macam ada, bisness online also digital, benda- benda berkaitan dengan penyebaran maklumat, pengiklanan dan sebagainya. Kalau kita lihat hari ini makanan- makanan di Melaka kebanyakan makanan viral this part digunakan, sehingga tempat sesak. Gunakanlah kelebihan digital ini demi kebaikkan bukan untuk penipuan atau membohongi, kalau boleh mereka yang menjalankan perniagaan ini supaya lebih telus.

MHI: Soalan terakhir, kita kini semakin menghampiri dalam menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan. Apakah harapan YB dari segi nilai perpaduan serta semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Melaka.

ISMAIL: Saya menyeru kepada semua masyarakat Malaysia dan rakyat Melaka khususnya, saya minta setiap premis mengibarkan bendera negara kita, menghormati negara kita dengan mengibarnya sepanjang bulan kemerdekaan ini dan terutamanya di kedai, rumah individu, teres dan rumah kampung. Lets we celebrate this Merdeka dengan mengibarkan bendera negara dan jangan ada yang terkecuali. Every individu yang ada dalam negeri Melaka ini kibarlah bendera menunjukkan patriotiknya kita pada negara kita ini. Kalau lihat kadang- kadang rumah kedai dibandar tiada.
Saya selalu menyebut kepada PBT siapkan tempat gantung bendera disetiap rumah kedai dan kalau yang baharu siapkan terlebih dahulu. Kos sebagainya charge dalam cukai pintu untuk mereka yang degil tidak mahu lakukan sendiri.

When talked about perpaduan semangat patriotik perlu ditanam dari muda kadang- kadang yang tua ini sudah liat, kita paksa mereka gantung bendera itu saya benda yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri terutama PBT atau kita sendiri pasang bendera itu dan charge dalam lesen- lesen mereka.

Kita akan buat pemantauan, mereka ini yang gantung bendera terbalik kurang hajar yang mana tidak hormat negara sendiri, maknanya semangat kecintaan kepada negara tiada dalam kalangan mereka dan ianya perlu dihukum. Untuk tahun ini saya minta kepada semua PBT dan enforcement memantau supaya perkara ini tidak berlaku kerana kalau bukan kita yang menghormati negara kita, siapa yang hendak menghormati negara kita ini. So we as a Malaysians, kita sebagai rakyat Malaysia ini perlu menghormati negara kita demi kesinambungan kehidupan yang lebih harmoni dan perpaduan.

Bagi saya dalam mengibarkan bendera ini boleh mewujudkan semangat perpaduan antara satu sama lain, baik antara Melayu, Cina dan India sama- sama kita bergabung kibarkan bendara dan respect each other.

MHI: Kempen beli barangan buatan Malaysia, bagaimana kerajaan negeri hendak advocate pengguna

ISMAIL: Kempen beli barangan buatan Malaysia di peringkat negeri Melaka saya sudah buat perbincangan dengan mereka yang bersama- sama hendak kempen beli barangan buatan Malaysia seperti pasaraya besar, Jusco, Tesco dan sebagainya dimana kita sudah bincang dan akan lancarkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan juga Kempen Beri Barangan Buatan Malaysia selepas perasmian di peringkat Kuala Lumpur.

Dalam masa sama juga kita akan mengadakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Jualan Murah ‘Harga Patut’, saya sudah minta hari tu wujudkan setiap bulan mungkin bermula bulan lapan kita akan adakan ‘Harga Patut’ yang pemborong sendiri berniaga maknanya dia datang bentang meja mungkin buat di kampung- kampung atau dimana- mana dengan harga patut yang mana harga lebih rendah dari supermarket, harga borong dapat dilakukan. Mungkin kita akan lakukan berterusan bagi memastikan keupayaan pembelian dalam kalangan masyarakat terutama yang miskin dapat diberikan keutamaan dalam pembelian ‘Harga Patut’, kalau dapat tiap- tiap bulan lagi elok dan disamping itu dapat galakkan barang- barang buatan/ produk tempatan dibuat orang kampung boleh seperti kuih, sejuk beku dapat dipromotkan supaya dapat merancakkan lagi pembangunan perniagaan, peruncitan.

Views:

994
Kongsi :
Previous post Boleh balik kampung sambut Aidiladha
Next post Tergamam helikopter mendarat depan mata
Ubah saiz-+=